Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1. Cikgu Murad pandai------------------- lagu.
A. menggubal C. mengubah
B.menggubah D.merobah
2.Pokok itu ---------------------- apabila ditiup angin.
A.bergetar C.bergerak
B.berdetar D.bergoyang
3.Air dalam mangkuk itu telah ------------------- ke udara.
A.tersejat C.teresap
B.terserap D.terperap
4.Pemuda-pemuda itu----------------- ikrar taat setia kepada kerajaan.
A.membicarakan C. menitahkan
B.melafazkan D.mengatakan
5.Kim Long memicit kepalanya yang ----------------------- itu.
A. senak C.pening
B.kebas D.gatal
6.Jangan ---------------------- menyakitkan hati ibu bapa kamu.
A.sekali C.sekali-sekali
B.sekali-sekala D.sekali-kali
7.Siva berjalan------------------ kerana kakinya sakit.
A.terbongkok-bongkok C.terhuyung-hayang
B.terlompat-lompat D.terhincut-hincut
8.Aznil-------------------- untuk menjawab soalan itu.
A.terbatu-batuk C.terpekik-pekik
B.teragak-agak D.tersipu-sipu
9.Nazirah --------------------- nasi lemak itu dengan daun pisang.
A.dibungkus C. membungkus
B. bungkusan D. berbungkus
10. ------------------- kejadian itu,hatinya senantiasa tidak tenteram.
A. Sejak C. Selagi
B. Sementara D. Apabila
11. Ayah ----------------- badanya dengan minyak urut.
A. melumuri C.berlumuran
B.melumurkan D. lumuran
12. Pemilihan pemain bola sepak Sekolah T un Razak diadakan secara ---------------- saja.
A. tangkap muat C. tangkap buta
B. tangkap maut D. tangkap angin
13.Pinggan yang baru dibeli oleh Siti itu--------------------- sedikit.
A. carik C. rabak
B. koyak D. sumbing
14.Pihak polis membuat ----------------- jalan raya untuk menagkap penjenayah itu.
A. penyekat C. tersekat
B. menyekat D. sekatan
15.Setiap petang kami ke taman untuk ---------------- udara segar.
A. menghisap C.menelan
B.menghirup D. meneguk
No comments:
Post a Comment