SOALAN 1 DAN 2.
Pilih kata seerti dengan kata yang bergaris.
1.Dua keping kad kuning telah dilayangkan kepada pemain pasukan Selangor.
A. dihantarkan B.diberikan
C. diserahkan D.dilontarkan
2.Budak itu berlari dengan pantas kerana di kejar anjing.
A.cekap B.hebat
C.laju D. handal
SOALAN 3 DAN 4
Pilih lawan kata bagi perkataan yang bergaris.
3. Azli disanjung oleh rakan-rakan sekolahnya.
A.dimarahi B.disakiti
C. dipuji D. dicemuh
4.Air sungai ini di bahagian hulu agak keruh.
A. suci B. bersih
C. putih D. jernih
SOALAN 5 DAN 6
Pilih simpulan bahasa yang sesuai.
5. Mimi dan adiknya ---------------- setelah kematian kedua ibu bapa mereka.
A. patah arang B. patah kandar
C.patah hati D. patah kaki
6.Kami sungguh gembira kerana dapat ---------------- di Pulau Kapas.
A.mencuci mulut B.makan angin
C. memeras keringat D. membuka langkah
7.Faizal sedang --------------------- buah rambutan di belakang rumahnya.
A.mengambil B.mengait
C.melontar D. memukul
8.Hubungannya dengan keluarga kami------------------- saja.
A. ajak-ajak ayam B.batuk-batuk kambing
C. bau-bau bacang D. nyawa-nyawa ikan
9.Karmila membeli----------------------- sabun dan se----------------- roti.
A. buku----buku B. buku--- keping
C. buah-----buku D. keping----potong
10.Apabila usia semakin meningkat tua, penglihatannya semakin -------------.
A. gelap B. kabur
C. kabus D. keruh
11.Bas persiaran itu hanya ----------------------- jalan utama sahaja.
A. mengharungi B. menghala
C. meredah D . melalui
12.Wajahnya---------------- wajah ibu saudara saya.
A. alang-alang B. akan-akan
C. hampir-hampir D. sungguh-sungguh
13.Dalam keluarga saya,abanglah yang---------------- untuk menjadi tentera.
A.membuka pintu B. membuka langkah
C. membuka tembelang D. membuka jalan
14.Mak Senah membeli se-------------- rebung dan lima--------- petai di pasar.
A.tangkai---batang B. longgok-----urat
C.ketul--- keping D. pucuk--- papan
PILIH KATA BERLAWANAN YANG BERGARIS.
15. Rupa-rupanya dialah petualang yang sebenarnya.
A. kerabat B. jiran
C.pekerja D. sahabat
16.Mak Biah yang menggulung tikar mengkuang itu.
A. melipat B. membuka
C. membentangkannya D.merungkai
17. Cermin kereta itu kalis peluru.
A.tahan B.teras
C. peka D.lut
No comments:
Post a Comment