Thursday, 8 December 2011

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan diletakkan selepas kata bilangan.
Ada masanya penjodoh bilanagn tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
Contohnya;- Semua murid beratur. ( betul)
                   -Semua orang murid beratur.( salah )
                   -Segala binatang mati. ( betul)
                   -Segala ekor binatang mati. (salah)
                   - Seluruh kampung itu banjir .(betul)
                   - Seluruh buah kampung itu banjir.(salah)
Contoh penjodoh bilangan dan penggunaanya.
  • bentuk- untuk cincin,mata kail,subang.
  • bidang -untuk permaidani,tanah,tikar.
  • rawan -untuk jala,jaring,pukat
  • sikat/sisir- untuk pisang
  • pasang-untuk anting-anting,kasut,baju.
  • rangkap-untuk pantun dan syair
  • urat-untuk benang,rambut, rotan.
  • biji-untuk durian,bola,epal
  • buah -untuk rumah,sekolah,kereta.basikal
  • ekor-untuk haiwan spt ayam,kucing,gajah.
  • bilah- untuk keris,sabit,pisau,parang
  • gugus-untuk kunci,anggur.
  • pucuk-untuk surat,pistol.


latihan .

Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1. Datuk ada menyimpan dua ----------------- keris.

2.Azim menyimpan se--------------------- anak kunci di dalam laci.

3.Posmen itu menyerahkan dua------------------- surat.

4. Se ------------------- kambing menceroboh kebun sayur.

5.Adik makan ------------------ buah durian.

6. Emak membeli se------------------- sayur di pasar tani.

7.Azman membeli se------------------  Proton Exora.

8.Ibu membeli se------------- baju kurung.

9.Ayah membela se ----------------- arnab.

10.Encik Shahir membeli se---------------------- pisang.

No comments:

Post a Comment